Thursday, March 5, 2015

Raya Cina dalam budaya Melayu di Kampung Tirok Terengganu - Blog Makanan di Terengganu

Raya Cina dalam budaya Melayu <b>di</b> Kampung Tirok <b>Terengganu</b> - Blog Makanan di Terengganu


Raya Cina dalam budaya Melayu <b>di</b> Kampung Tirok <b>Terengganu</b>

Posted: 22 Feb 2015 09:28 PM PST


Penulis bersama warga emasSoo Chua Keong di Kampong Tirok

Penulis bersama warga emasSoo Chua Keong di Kampong Tirok

Penulis memilih untuk mendekati sebuah keluarga berbangsa Cina Peranakan di Kampung Tirok baru-baru ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina (2015).

Rumah warga emas, Chua Ching Geok, 79 tahun, demikian rumah yang penulis singgah pada malam Tahun Baru Cina di sebuah rumah kampung di Tirok.

Tirok adalah sebuah perkampungan orang Cina di kelilingi perkampungan Melayu, malah bentuk rumah mereka seperti rumah orang Melayu juga.

rumah orang Cina di Kg Tirok tidak ubah seperti rumah orang Melayu juga bentuknya

rumah orang Cina di Kg Tirok tidak ubah seperti rumah orang Melayu juga bentuknya

Kalau mengikut kajian sejarah, keturunan mereka ini  (nenek-moyang) mereka ini (Cina Hokkien)  adalah datang bersama Armada Cheng Ho melewati Sungai Terengganu dan juga Sungai Nerus tahun 1500M dahulu.

Ada yang sampai ke Bukit Datu, Losong, Cepoh, Pulau Bahagian (Babi), Bukit Tadok dan Sampokang (Sungai Nerus)- Tepoh.

Justeru itu mereka digolongkan sebagai Cina Peranakan.

Namun begitu mereka masih berpegang teguh kepada anutan kepercayaan "Taoisme", tetapi berbudaya Melayu hampir 90 peratus dalam kehidupan.

"Kami sudah lama tinggal bersama orang Melayu, kami makan belacan budu, kami pakai kain batik dan pelikat. Kami tidak makan guna sepit tapi makan guna tangan," kata Soo Chuan Keong (79 tahun) bila ditanya tentang budaya yang menjadi amalan hidupnya.

Tetapi mereka tetap menyambut Tahun Baru Cina walaupun secara sederhana bersama anak menantu (anak lelaki)- yang perempuan akan sambut tahun baru di rumah mertua sebelah suami.

Isterinya,Chua Ching Geok, awal 70an cukup tidak senang bila penulis bertanya asal usulnya, sebab dalam dirinya seperti mengalir budaya Melayu yang cukup lama.

"Saya punya kawan semua Melayu dari kecil lagi," katanya yang berasal dari Penarik (Kg Fikri) Setiu.

Mereka memberitahu, seperti orang Melayu juga mereka ada sediakan makanan untuk sambut raya, tetapi tidaklah terlalu banyak mengamalkan adat-adat Cina lagi seperti makan besar, sebab mereka orang kampung sahaja.

Anaknya, Soo Hian Chung berkata, biasalah kehidupan mereka dalam lingkungan orang-orang Melayu, malah tidak mampu lagi menulis dalam tulisan Cina.

"Tokki saya pandai baca dan menulis jawi dan baca Utusan Melayu zaman dulu," ujarnya.

Seorang lagi Cina peranakan yang penulis ditemui di bandar Kuala Terengganu dan berasal dari pekan Marang ialah Encik Alex Lee Yun Ping menjelaskan acara 'Makan Besar' di malam pertama Tahun Baru masih jadi amalan kebanyakan keluarga Cina di Terengganu.

Kuih-kuih tradisi Cina masih wujud berasaskan pengaruh budaya Melayu dan Cina, misalnyaayam golek dan laksa.

Yang menarik katanya, semua bangsa Cina tanpa mengira agama tetap menyambut Tahun Baru Cina sama ada mereka Budha, Toism, Kristian atau Islam dan sebagainya tetap merayakannya atas nama budaya Cina.

Menurut beliau, mereka cukup memberi perhatian kepada orang tua, malah mereka sekeluarga akan berkumpul makan besar bersama orang-tua, ibubapa- dan kemudian ibubapa akan memberi Ang Pau semasa makan besar itu.

Beliau yang juga seorang pengusaha pelancongan yang terkenal berkata, pada masa ini sambutan raya hanya dua tiga hari berbanding zaman dulu-dulu sampai seminggu atau dua minggu.

Oleh itu, perniagaan tidak tutup lama-lama seperti dulu lagi kerana pekerjaan hari ini tidak sepenat dahulu lagi kerana banyak kemudahan dan kesenangan di zaman ini, ujarnya.

Sempena Tahun Baru Cina ini, Alex cukup bangga kerana kata-kata hikmat atau puisi indah tentang kehidupan biasa dipaparkan dalam tulisan Cina di depan pintu utama rumah, suatu warisan yang masih utuh.

0 comments: