Blog Makanan di Terengganu: KEJADIAN PELIK MEMBERI REZEKI - Blog Makanan di Terengganu
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI - Blog Makanan di Terengganu |
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI Posted: 17 Nov 2015 03:19 AM PST Pada 9 Januari yang lalu, kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang. Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut. "Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini. "Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini. Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). "Dulu kita pertahankan supaya gereja ini tidak dibina,tapi selepas tukar pemerintahan,mereka buat apa yang mereka suka tanpa berbincang terlebih dahulu. "Kita,penduduk kampung yang rasa kesannya.Kalau nak buat (bina gereja),buatlah di kawasan mereka...bukan ditempat kita," katanya. Johari turut berharap agar umat Islam menilai sendiri keadaan yang berlaku kini kerana tindakan pihak yang memberikan kelulusan pembinaan gereja ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam. Sementara itu,memorandum bantahan pembinaan gereja turut diserahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin dan diterima oleh Setiausaha MDKS bagi pihak YDP MDKS,Noraini Roslan. Azahari berkata, pihaknya akan meneliti memorandum yang diserahkan oleh wakil penduduk kampung kepada pihaknya. Itu apa yang dilaporkan oleh RakyatNews di SINI Untuk makluman semua JKKP adalah lantikan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO/BN dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Meskipun ianya telah dibantah oleh kebanyakkan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana berlakunya pertindihan tugas demi kepentingan macai-macainya ianya diteruskan juga oleh Kerajaan Pusat. Mereka direlakan makan elaun atau gaji buta kerana kebanyakkan dari mereka hanya memerhatikan sahaja JKKK melakukan kerja. Berbalik kepada isu Geraja.. siapa yang membenarkan Gereja tersebut dibina sila baca di bawah..
Ha... ha... ha... yang luluskan ialah pemimpin UMNO.. yang bantah pulak macai-macai UMNO.. kan dah jadi meludah ke langit.. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: