Blog Makanan di Terengganu: 30 Usahawan Saji Makanan Tradisi ... - Blog Makanan di Terengganu
Blog Makanan <b>di Terengganu</b>: 30 Usahawan Saji <b>Makanan Tradisi</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu |
Blog Makanan <b>di Terengganu</b>: 30 Usahawan Saji <b>Makanan Tradisi</b> <b>...</b> Posted: 02 Oct 2015 12:19 PM PDT Sata merupakan satu makanan tradisonal Terengganu. Sata di perbuat dari isi ikan yang digaul dengan kelapa parut dan ditambah dengan lada, garam, halia dan gula. Sebenarnya sata merupakan salah satu makan kegemaran keluarga saya. Beli banyak atau sedikit, mesti akan habis dimakan. Kebiasaanya ada boleh membelinya di deretan kedai menjual keropok goreng di Kelulut. Saya ditunjukan cara membuat sata oleh seorang peniaga gerai di Chendering tentang cara pembuatan dan pembungkusan sata. (Sebagaiman gambar diatas) Saya ingin berkongsi satu artikel / ulasan menarik tentang keenakan sata Terengganu yang saya baca dari website dibawah : Sata or Satah is probably Terengganu best kept secret. I had been to Terengganu four times and wonder why I had never heard or seen sata until now? It is simply the most delicious snack Terengganu has to offer. There are two variations. One is the conical shape one as seen above which I bought along the road leading to Merang. If you are going to Redang Island, you are bound to see these stalls lining the roadside.The grilled sata which is selling for only RM2 per stick with four packets. Inside, there is the most flavourful and fragrant packet of fish paste mixed with onion, ginger and cut red chillies. These conical shape ones are not spicy and my children love them. Meanwhile, another version which I bought from Seberang Takir near Kuala Terengganu has a different shape. This packet is very spicy and taste really nice. These are all freshly out of the charcoal grill and hence smell soooo good. I did a google for Sata and am so glad that Boo has shared a recipe which she found from Flavours Magazine. It is made of blended paste of fish, onion, ginger, coconut, chillies and tumeric leave. Now, I can experiment making my own sata without driving 475 KM to Kuala Terengganu for them. I have tried so many new dishes while in Terengganu apart from the regular Nasi Dagang and keropok lekor. Watch out for the Terengganu series… Artikel dipetik dari : sumber dari : http://trulyterengganu.blogspot.com |
Kombinasi <b>Makanan Tradisi</b> Cina-Melayu Sempena Festival <b>...</b> Posted: 02 Jun 2015 02:11 AM PDT Pesta Makanan Peranakan Terengganu bakal mengetengahkan 20 menu berbeza terdiri dari lauk-pauk sehingga kuih- muih kombinasi makanan tradisi masyarakat Cina dan Melayu Terengganu pada setiap hari bermula 5 hingga 10 Jun ini, di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Antara menu disajikan kepada pengunjung ialah kay choo budu (sup ayam budu), hui kun tang (ikan singgang manisan), ong lai sayur pedas (nenas muda sayur pedas), kah par chok (ayam panggang berempah), bee hoon ting ang (laksa Kuah Putih), aneka kerabu, nasi kunyit dan bubur. Pesta makanan berkenaan bersempena Festival Peranakan Terengganu 2015 di Kampung Cina, Kuala Terengganu dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT) dan juga Persatuan Peranakan Terengganu sepanjang tempoh yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee, berkata program kesinambungan yang dilaksanakan sejak tahun lalu memberi impak yang sangat baik kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam memperkenalkan kesenian dan tradisi peranakan Terengganu kepada pelawat dalam dan luar Terengganu serta generasi muda. "Pada tahun lalu, program yang sama mendapat sambutan daripada pelawat dari dalam dan luar Terengganu dengan begitu menggalakkan. "Hasil daripada kejayaan itu, kita meneruskan lagi pada tahun ini sebagai kesinambungan kerana ia menjurus kepada perpaduan yang begitu baik menggabungkan keunikan makanan, pakaian dan juga adat kesenian,"katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan Pesta Makanan Peranakan Terengganu, di Hotel Primula Beach Resort, hari ini. Hadir sama, Presiden DPPCT, Low Wan Cheong merangkap Presiden Persatuan Peranakan Terengganu dan Pengurus Acara Festival Peranakan Terengganu 2015, Alex Lee Yun. Mohd Jidin berkata, kerajaan negeri sangat berbangga dengan langkah persatuan yang sanggup mengeluarkan belanja kira-kira RM800,000 pada tahun ini, selain dengan sedikit bantuan dari pihak kerajaan bagi menjayakan festival enam hari itu. Katanya, inisiatif persatuan peranakan meneruskan program itu sangat murni dan harus dipuji berikutan mampu memajukan negeri khususnya dalam aspek ekonomi dan juga pelancongan negeri. Sementara itu, festival peranakan pada tahun ini dijangka lebih meriah apabila terdapat 95 gerai dan booth jualan di kalangan peniaga Melayu dan Cina yang akan memenuhi pasar malam, selain acara lain seperti pameran foto peranakan Terengganu, pertandingan fotografi Terengganu Peranakan, pertunjukan kesenian jalanan, `shop deco', demonstrasi masakan dan pertunjukan pentas. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: