7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
- 1,404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di Terengganu</b> Sempena <b>...</b>
- 7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>
- <b>Makanan</b> tradisional <b>Terengganu</b> - Blogger - Blog <b>Makanan di</b> <b>...</b>
- 7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>
- 7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>
1,404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di Terengganu</b> Sempena <b>...</b> Posted: 09 Jul 2014 01:52 AM PDT | |
7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 08 Jul 2014 01:33 AM PDT | PAS memandang serius kejadian keracunan <b>makanan di</b> Kuala <b>...</b> Posted: 05 Mar 2014 08:07 AM PST 1. PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Ilme Mat Adam atas kematian anak lelakinya, adik Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme akibat dari keracunan makanan pada hari Isnin, 3 Mac lalu. 2. Kejadian keracunan makanan ini sudah sampai peringkat wabak berlaku di sekitar Kuala Terengganu dengan jumlah mangsa setakat ini telah mencecah 101 orang yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kami difahamkan bahawa keracunan ini adalah berpunca dari makanan yang dibeli oleh mangsa di Pasar Malam Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr. Haji Anwa Sulaiman atas kepantasan pasukannya bertindak, apabila dimaklumkan bahawa, pihaknya sudahpun mengenal pasti tiga peniaga pasar malam yang terlibat dengan kes keracunan makanan ini. 3. PAS Negeri Terengganu memandang serius kejadian ini dan mendesak tindakan drastik dari pihak MBKT dan juga kerajaan negeri. Langkah-langkah penjagaan kebersihan perlu diperketatkan dengan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 & Kebersihan Makanan 2009. 4. Pas Negeri Terengganu menggesa kerajaan negeri memperkemaskan prasarana yang mencukupi di semua lokaliti pasar malam seperti paip bekalan air bersih, tapak pasar minggu yang bertar bagi mengurangkan masalah debu, sistem kumbahan yang teratur dan pembuangan sisa buangan yang sistematik. Disamping itu juga bertindak tegas atas kecuaian dari aspek kebersihan yang dilakukan oleh para peniaga. Kami juga menyarankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menyiasat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi aspek kebersihan ini termasuk tidak mengambil suntikan thypim, agar dikenakan hukuman yang lebih berat, supaya menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. Suntikan ini penting bagi memastikan setiap pengendali makanan bukan pembawa kepada kuman berbahaya Salmonella Thypii. 5. Pas Negeri Terengganu juga menggesa MBKT mengazetkan secara khusus lokaliti setiap pasar malam agar setiap pengusaha tidak terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang tidak terjamin kebersihannya. 6. PAS Negeri Terengganu juga menyeru kepada semua peniaga-peniaga di Terengganu yang majoritinya Islam, agar menitikberatkan soal kebersihan, sesuai dengan saranan Islam, Kebersihan Itu Sebahagian Dari Iman. 7. Kami juga menyeru agar orang ramai mengamalkan sikap yang lebih serius memilih untuk membeli di gerai-gerai atau kedai-kedai yang diketahui benar-benar menjaga kebersihan sahaja bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Penerangan BPPNT 2 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 05 Mac 2014 |
<b>Makanan</b> tradisional <b>Terengganu</b> - Blogger - Blog <b>Makanan di</b> <b>...</b> Posted: 02 Jun 2014 11:54 AM PDT NASI DAGANG KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol. Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang. Bagaimana ke sana? Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu. NASI LEMAK Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti. Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis, kuah yang berwarna merah, dan timun. Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga kandungannya jug telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak. DODOL DAUN PALASDodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. cara pembuatannya sam seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.Cara pembuatanya yang rumit menyababkan ramai yang tidak sanggup untuk mengisahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak. Di Terengganu perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya..KEROPOK LEKOR Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudianya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping. Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha. Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan. ' SATAR Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa sertadi letak sedikit cili hiris sebagai perasa. kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar. Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di Terengganu. | |
7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 06 Jun 2014 01:44 AM PDT | Bakteria Salmonella Punca Keracunan <b>Makanan Di Terengganu</b>? Posted: 04 Mar 2014 09:30 PM PST Bakteria Salmonella disyaki sebagai punca keracunan makanan dan kematian budak berusia 5 tahun di Terengganu pada hari Isnin yang lalu. Bakteria ini juga merupakan punca keracunan makanan di sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah tahun lalu. Ayam busuk yang dihidangkan kepada tetamu, telah mengorbankan empat nyawa. Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas, seramai 101 orang telah mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran. Bakteria Salmonella Dari Ayam & TelurSeramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka dirawat setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng. Berdasarkan siasatan pihak hospital tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi bakteria salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur.
Bakteria Salmonella Dalam Telur Bakteria Salmonella Merebak Melalui LalatBakteria Salmonella boleh merebak melalui lalat dipersekitaran yang tidak bersih. Ia juga boleh didapati didalam makanan ayam. Ayam yang memakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella akan menghasilkan telur yang mengandungi Bakteria Salmonella. Bakteria Salmonella sangat aktif dan senang membiak pada musim panas terutama jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Cara Mengelakkan Bakteria Salmonella Dalam TelurKehadiran bakteria salmonella didalam telur tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ianya boleh dielakkan. Antaranya pastikan telur yang dibeli masih dalam keadaan yang baik. Tidak retak atau rosak. Telur juga perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan didalam peti ais untuk mengelakkan sebarang kotoran. Elakkan makan telur mentah atau separuh masak. Bakteria senang membiak jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Ayam yang dimasak tapi masih berdarah didalamnya juga perlu dielakkan. Ranking: 5 |
7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 23 Apr 2014 01:49 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Day 1 Pada 11 April yang lalu , Budak Pacak telah ke Terengganu untuk Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu , Tourism Terengganu dan Gaya Travel selama 8 hari 7 malam. Sebelum itu, Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana memilih Budak Pacak dalam trip ini. Kalau tidak memang Budak Pacak tak akan merasai semua ini. Ibarat mimpi yang menjadi realiti. Sebelum mulakan cerita, ada apa dengan Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu ? Untuk makluman korang, pesta ini bertujuan memberi pengalaman kepada media untuk merasai sendiri cabaran untuk mencandat sotong di samping mempromosikan Negeri Terengganu ini. Kalau sebelum ini orang lebih mengenali Terengganu dengan Penyu , kenapa tidak selepas ini orang lebih mengenali Terengganu dengan Sotong sebagai Tarikan Terbaru di Terengganu ? Kami bertolak dari Matic, Kuala Lumpur pada malam 10 April dan tiba di Terengganu pada pukul 7 pagi. Sampai je disana, kami menikmati Nasi Dagang yang menjadi makanan ruji atau simbolik di Terengganu. Bak kata orang, kalau tak pekena Nasi Dagang memang tak lengkap trip korang ke Terengganu. Yang kelakarnya , semua tak mandi lagi , terus singgah warung untuk makan, kehkehkeh. Untuk hari pertama ini aktiviti kami adalah Free and Easy. Maklumlah , untuk pengetahuan korang , 200 orang wakil media terdiri daripada 25 negara termasuk Malaysia yang sertai Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu . Jadi mesti penat bagai . Seramai 200 orang media telah ditempatkan di 7 hotel sekitar Kuala Terengganu dan Budak Pacak telah ditempatkan di Grand Puteri Hotel . Sepanjang kami di Terengganu, kami telah diberi layanan VVIP . Mana taknya, dapat bilik sorang satu , Polis telah mengiringi kami sepanjang disini malah segala perkara telah diutamakan untuk kami. Sangat terharu ! Memandangkan hari pertama adalah Free and Easy , Budak Pacak dan Kisah Tatie telah dibawa oleh rakan blogger di Terengganu , Farisya Anastasyia untuk jalan - jalan sekitar Kuala Terengganu dan kami telah ke port yang wajib dikunjungi kalau nak makan ICT . Oh yer nak tahu apa itu ICT ? ICT ini merupakan singkatan bagi Ikan Celup Tepung. Menurut Farisya , kalau nak makan ICT , yang paling sedap adalah di Warung Pok Nong yang terletak berhampiran Universiti Malaysia Terengganu. Memang sedap gilos ! Tak rugi datang sini. Makan menghadap laut, pergh feeling habis. Satu peringatan buat korang , nak datang sini , kenalah awal . Kalau tidak kena beratur panjang. Since Budak Pacak dan Kisah Tatie tak makan ikan , jadi kami pilih sotong dan udang celup tepung. Harga bagi seekor sotong celup tepung saiz XL adalah RM8 . Manakala bagi udang saiz M, 10 ekor bersamaan RM 10. Puas gilos makan ! Terima kasih F.A sebab bawa kami kesini. Sekian saja untuk cerita Part 1, ada lagi banyak cerita menarik menyusul selepas ini . Jangan lupa untuk keep update entry Budak Pacak. Jumpa lagi ! p / s ; sampai sekarang macam tak percaya dapat peluang ni. --- teaser part 2 --- |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: